wE are NOT anti-government; wE are not parties’ fanatics. wE are the 3rd PARTY.

Friday, September 25, 2009

The Politician Servings again..part.I (Jaguh MutiaraHati Dia)

by { JP }

(Below article written in Malaysia National Language - Bahasa Melayu)
Lima ribu tahun selepas mahbub dan mahbubah, dua insan yang diciptakan Tuhan.Maka datanglah kumpulan mahluk hidup yang digelar Kangaroosen yang hampir menyerupai mahluk asing.

TARIKH = haribulan tak tentu, tahun 5008.
NEGARA = KANGAROOSIA
PUAK-PUAK = MACHAN; TONGYAN; YANDO
dan oORANG (betul yang digelar puak kecik keturunan orang primitif)

Menjelang masa selepas penyistiharan parlimen dibubarkan dan pilihraya baru yang ke-512 akan diakankan.

Datuk Si (datuk betul yang ada cucu dan nama keluarganya Si, Machan) yang baru dibebaskan atas tuduhan main belakang dan salahguna kuasa, bertegap buku lali sambil membebel “saya akan jadi PK kali ini”, “saya akan jadi PK”. (PK = President of Kangaroosia)

“Monyek, mari”
(Monyek = salah seorang jaguh hati (pembantu hebat) dia. Seorang Tongyan dengan nama betul beliau = Tauchu)
“ya? datuk Si”
“apa rancangan kamu yang sure-win untuk kali ini punya pilihanraya”
“(dah agak lah datuk Si akan tanyakan dia soalan ini)Datuk Si, saya rancangkan kita pergi menyerap golongan professional dan mahasiswa masuk jadi ahli. Dan ini kita sudah jalankan dengan tersusun. Untuk pilihanraya kali ini, saya calonkan mereka masuk tanding bagi peluang yang cerah.”

“Mahasiswa, professional?”, “Macam mana dengan sponsor-sponsor sumbangan kita, Taiko TianWang No-5, Kumpulan J & J, Mafia 1234, Pak Syiok-Lepak-Lempik-Jaguh, LookGau, SynAKarimugum?”

“Kenapa dengan mereka? Pastinya mereka akan sumbang lebih banyak duit untuk tumbangkan NUMO yang telah banyak skandal korupsi.”

“Mereka ada cadangkan calon-calon pilihan mereka jugak.”, “Jangan lupa pulak syarikat antarabangsa IMX, tulang besi parti kita dan Banker-banker lain pun ada cadangkan calon-calon mereka jugak.”

“Datuk Si punya maksud? Tak kan nak hidung ditarik ikut cakap kata mereka.”

“Monyek, periuk nasi engkau mahu kasi pecah ke? Ikut aje aku cakap.”, “Kasi seimbangkan bilangan calon ikut nisbah sumbangan mereka. Paham?”

“Ha?? (??ikut NISBAH?? – tertanya dalam hati)”, “oh…!Faham, datuk Si.”

“nanti-nanti datuk Si. Macam mana dengan XYZ Ltd; TenCo.Int Inc. dan Syarikat Lemang Bhd ?”
“Mereka ada mintak kau letak calon tak?”

“Tak, datuk Si. Tapi nak tanya mereka tak?”

“Kau ni memang lurus. Badan dah kurus (badan kurus sebab masuk banyak lokap kerana kaulah), orang lagi lurus, BODOH!”, “Tak mintak, diorang bodoh, lurus macam kau. Tak mintak, kita buat diam-diam lah. Paham?”

“oh. Faham, datuk Si.”


Sejurus melangkah keluar dari bilik datuk Si,
“Eh-Eh!” (ini bukan panggil Tauchu, tapi nama seorang lagi jaguh hati dia – Eh-Eh memang namanya. Berketurunan sesama datuk Si - puak Machan)
Nampaknya Eh-Eh ini duduk merenung saja dekat luar tamu dan membuka langkah basar pantas mengidap ke dalam bilik datuk Si selepas kedengaran dipanggilkan.

“Salam, datuk Si”
“Salam. Eh-Eh. Kau pergi bantu Tauchu uruskan calon-calon pilihanraya kali ini.’
“Bantu monyek tu?”
“ya. Aku dah arahkan dia siapkan candidate list. Tapi aku takut dia tak seimbang. Badan lulus sudah tak seimbang; lagi dia puak Tongyan. Kau pergi INTAI-lah dan cucuk pandangan bantah kamu kalau ada yang tak kena.”
(Memamg hebat datuk Si ini, arahan sudah kasi, tak senang; nak suruh orang lain intai lagi. Lagi hebat dengan misi-misi tersembunyinya yang sentisa mengelakkan tangan-tangan jaguh hati dia bercampur-rapat gaul atau kadang-kala datuk Si ni akan segaja mempupuk rasa dendam bermusuhan sesama jaguh-jaguh hati dia. Takut pulak mereka tu bergabung menyepak dia ke?)
“baik, datuk Si. I tahu apa nak buat.”

.....akan bersambung lagi

==============================================
The Story, All Names, Characters and incidents portrayed in this article are FICTITIOUS.
No Identification with actual persons, political parties, places, buildings and products is intended or should be inferred.
==========================================================
comment section will be at the Finale part to be launched soon.

1 comment:

Shamsul Talib said...

jp,
hebatnya kau ni, hahaha.

teruskan perjuangan.

Shamsul.


We create awareness, you may do so by just sharing this with everyone you know ~..~

Bookmark this page !!
Politics like dirty trick games; politicians alike swimming with the tide ! While we are inside muddy water, it's hard to see what is surrounding us! Shark? Ghost or gold? Danger? Threat or inducement? What do we expect? As an outsider able to observe things more clearly as [ the 3rd PARTY ] !

My Diary :

updates from Facebook =>

MyCen News

[NEWs] other Headlines: