Disambungkan dari part..VI
Tony uruskan dengan terancangnya.

Tony juga cuba menakutkan JP dengan berkata
“saya kagum dengan keberanian JP dalam usaha mementingkan kemasyarakatan. Ada satu kali dulu, saya adakan sidang media menyahut kelemahan parti sendiri, kau tahu apa jadi?”, “Saya dipecah kepala!!”, “Orang YB yang buatkan”
JP diam saja dan tak balas apa-apa.
JP teruskan penyebarannya.
Tony sudah kesuntukan cara. Dengan tekanan orang atasannya. Dia sudah hilang akal.
Kali ini, dia mengugut terus terang akan apa-apakan JP.
JP lapor polis. JP tidak mahu main hitam dengan pengikut fanatik gila ini. Tak nak hitam-kotorkan perkara kemasyarakatan ini.
Polis cepat bertindak. Tangkap Tony.
Perbicaraan perdengaran pertama diadakan.
Tony nampak sudah mulai menyesal dengan muka mata yang berair merah.
Tapi penyokong Tony (ke, parti PDK) yang hadir mahkamah semuanya menenung tajam ke arah JP yang turut hadir sebagai saksi utama.
Tony dijamin keluar bagi perbicaraan yang akan hanya dilangsungkan dua tahun daripada hari itu. Tony nampak cerah bersyukur dengan pembebasan seketika.
(dalam perjalanan ke arah kereta)
“Tengok apa lanjau?”
Satu perkataan lanjau ini hampir mencetuskan pertumbukan. Polis halang.
(dalam bilik lain)
“saya kata lebih baik kasi tu sohai lenyap terus.”
“betul. Kalau orang lain pergi bereskan sekarang, semua orang akan ingatkan itu angkara Tony yang tertuduh!”
(dalam perjalanan ke pejabat)
COOP! COOP! COOP!
Tiga das tembakan leser diapikan ke dada JP.
JP terus hilang nafas!!

==========================================================
The Story, All Names, Characters and incidents portrayed in this article are FICTITIOUS.
No Identification with actual persons, political parties, places, buildings and products is intended or should be inferred.
==========================================================
No comments:
Post a Comment